Beliau merupakan tonggak kekuatan Tadika Raudhah Imtiaz. Ibu kepada 5 orang cahaya mata ini adalah seorang yang tidak jemu-jemu dalam menimba ilmu pendidikan. Beliau adalah individu yang sentiasa bertanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan Tadika Raudhah Imtiaz berjalan dengan sebaik mungkin.
Pemegang ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Malaya, Diploma Pendidikan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu). Pernah berkhidmat sebagai guru dan kaunselor di Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berangdan Sekolah Menengah Agama Al Falah, Kemaman, Terengganu.
Mengikuti lebih dari 20 kursus pendidikan pra sekolah. Menceburkan diri dalam bidang pendidikan Pra Sekolah selama 7 tahun setelah meletak jawatan sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Al Falah, Kemaman, Terengganu pada bulan Januari 2003.
Namun pertaruhannya meletak jawatan sebagai guru amat berbaloi dengan ‘sentuhannya’ Tadika Raudhah Imtiaz kini telah mampu tegak berdiri dengan jayanya sehingga berjaya memiliki bangunan sendiri pada tahun ini di sebidang tanah berkeluasan ¾ ekar di Bandar Cukai, Kemaman.
No comments:
Post a Comment