Program pendidikan kami diperkenalkan untuk memberi satu alternatif pendidikan bersepadu kepada para pelajar dan ibu bapa yang prihatin kepada pembelajaran anak-anaknya. Justeru itu, Tadika Raudhah telah menerapkan program pendidikan terkini yang telah terbukti berkesan untuk membantu kanak-kanak. Antara kaedah tersebut :
1. KAEDAH BACAAN ‘CAHAYAKU’ (B. MELAYU)
Kaedah bacaan yang terbaik masa kini 100 % pelajar 6 tahun (Rekod Tahun 2007) kami telah mampu membaca dengan baik dan mampu menulis cerita ringkas sebelum menempuh alam persekolahan.
2. KAEDAH ‘READING SKILL’ ( CAHAYAKU)
Kaedah bacaan English Paradigm telah terbukti berkesan bagi membolehkan para pelajar membaca bahan bacaan dalam bahasa Inggeris dengan sebutan yang tepat dalam masa yang singkat.
3. KAEDAH ‘HUSNA MENTAL ARITHMATIK’ (SEMPOA)
Kaedah ‘Mental Arithmatik’ pula adalah kaedah yang melatih pelajar mengira dengan cepat, sepontan dan cekap. Program ini melatih otak kiri dan kanan pelajar diransang sekaligus dapat meningkatkan kemahiran metematik dan sains. Ia menggunakan slogan ‘Menjawab Sepantas Guru Menyebut Di Hadapan’.
4. KAEDAH ‘MANTAP’ JAWI
Kaedah penguasaan penulisan dan bacaan jawi yang telah diasaskan oleh Tadika Raudhah untuk membantu para pelajar ‘celik jawi’ sebelum menempuh alam persekolahan.
5. KAEDAH BACAAN AL QURAN ‘QIRAATI’
Kaedah ini terbukti berkesan untuk membantu anak–anak membaca dengan lancar dan menggunakan sebutan (makhraj) yang tepat dan bertajwid. Guru yang terlatih dan diberi tauliah oleh pengasasnya.
6. LAIN-LAIN PROGRAM TADIKA RAUDHAH
Semua modul ini telah diterapkan dalam silibus bersepadu Tadika Raudhah.
No comments:
Post a Comment