Saturday, 31 October 2015

Sambutan Hari Lahir September Oktober November

Kajian Tadika

11/10/2015Kajian Perbezaan Tadika Kerajaan dan Tadika Swasta oleh pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Mak Lagam, Kemaman, Terengganu.

Posted by Tadika Raudhah Imtiaz Kemaman on Saturday, October 10, 2015

Pertandingan Kebersihan & Keindahan Tadika Tahun 2015

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga warga TRI yang memberi kerjasama dalam menjayakan kebersihan dan keindahan Tadika...

Posted by Tadika Raudhah Imtiaz Kemaman on Saturday, September 12, 2015

Sambutan Hari Kemerdekaan 2015

Foto sekitar Sambutan Hari Kemerdekaan 2015

Posted by Tadika Raudhah Imtiaz Kemaman on Tuesday, October 6, 2015

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2015

Salam Aidilfitri dari kami warga TRI :)

Posted by Tadika Raudhah Imtiaz Kemaman on Saturday, September 12, 2015

Sambutan Hari Guru 2015

Tenaga pendidik TRI diceriakan dengan sambutan hari guru yang dijalankan pada setiap tahun.

Posted by Tadika Raudhah Imtiaz Kemaman on Saturday, September 12, 2015

Family Day 2015

Sekitar Majlis Sambutan Hari Keluarga Tadika Raudhah Imtiaz 2015 bertempat di Padang Astaka, Kemaman, Terengganu.

Posted by Tadika Raudhah Imtiaz Kemaman on Tuesday, October 6, 2015

Sambutan Hari Jadi 2015 (Februari - April)

Sambutan Hari Jadi pelajar-pelajar Tadika Raudhah Imtiaz yang lahir pada bulan Februari, Mac dan April.

Posted by Tadika Raudhah Imtiaz Kemaman on Tuesday, October 6, 2015

Maulidur Rasul 2015

Sekitar Sambutan Maulidur Rasul Tadika Raudhah Imtiaz 2015.

Posted by Tadika Raudhah Imtiaz Kemaman on Tuesday, October 6, 2015

Pemeriksaan Kesihatan Tahun 2014

Para pelajar TRI berkesempatan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh jururawat masyarakat daripada Klinik Gong Limau.

Posted by Tadika Raudhah Imtiaz Kemaman on Saturday, September 12, 2015

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2014

Majlis Graduasi 2014

Sekitar Majlis Graduasi 2014 Tadika Raudhah Imtiaz

Posted by Tadika Raudhah Imtiaz Kemaman on Tuesday, October 6, 2015

Program 'Pray for Malaysia,Free for Palestine & Save for Gaza' 2014

Program ini dijalankan pada tahun 2014

Posted by Tadika Raudhah Imtiaz Kemaman on Saturday, September 12, 2015

Sambutan Hari Guru 2014

Para pelajar TRI menyambut Hari Guru disertai dengan beberapa program lain seperti jamuan dan acara penukaran hadiah bagi para guru.

Posted by Tadika Raudhah Imtiaz Kemaman on Saturday, September 12, 2015

Family Day 2014

Sambutan Hari Keluarga 2014 di Padang Astaka, Kemaman.

Posted by Tadika Raudhah Imtiaz Kemaman on Tuesday, October 6, 2015

Majlis Graduasi 2012

Sekitar Majlis Graduasi 2012 yang telah diadakan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman.

Posted by Tadika Raudhah Imtiaz Kemaman on Tuesday, October 6, 2015

Sunday, 18 October 2015

PROGRAM TADIKA RAUDHAH 2012

PROGRAM SANTAPAN JIWA PAGI
Tadika Raudhah mengorak langkah untuk mendominasikan penghayatan nilai-nilai Islam melalui program baru yang dikenali sebagai ‘Santapan Jiwa Pagi’. Para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai modul pembinaan peribadi sekaligus ia menjadi makanan rohani harian untuk anak-anak. 
Melalui program ini para pelajar akan sentiasa diberi motivasi dan penekanan terhadap amalan seharian Islam melalui amalan zikir, penghayatan dan pengamalan adab-adab dalam kehidupan secara menyeluruh. Mereka juga akan diberi kefahaman untuk beramal dengan intisari ayat al Quran dan Hadis Rasulullah saw secara praktikal di dalam program ini. 
Modul program ini dirangka untuk menanamkan benih-benih tauhid dan akhlak bagi membentuk personaliti terpuji yang telah terbukti keberkesanannya. Para ibu bapa InsyAllah pasti akan ‘teruja’ melihat perkembangan positif anak anda melalui program baru Raudhah ini.
KEMANTAPAN BACAAN & PENULISAN B. MELAYU
Tadika Raudhah juga akan terus menggunakan kaedah Bacaan ‘Cahayaku’ yang telah terbukti berkesan melahirkan pelajar yang mampu membaca dengan baik sebelum menempuh alam persekolahan. Namun untuk sesi 2010 program B.Melayu Raudhah akan di’upgrade’ lagi melalui modul ‘Mental B.Melayu’ untuk melahirkan pelajar yang faham apa yang dibaca serta boleh menulis dengan baik menggunakan tulisan yang ‘cantik’.
KAEDAH ‘READING SKILL’ CAHAYAKU
Kaedah bacaan ‘English Paradigm’ Cahayaku adalah kesinambungan dari program bacaan B.Melayu Cahayaku. Program ini telah terbukti berupaya untuk membolehkan para pelajar membaca bahan bacaan dalam B.Inggeris dengan sebutan yang tepat dalam masa yang singkat. Modul pengajaran B. Inggeris Raudhah di’upgrade’ lagi dengan penggunaan tatabahasa (grammar) yang tidak membebankan pelajar. Kandungan matapelajarannya dipenuhi dengan unsur adab seharian yang amat bermanafaat dalam membentuk keperibadian dan pembinaan akhlak terpuji pelajar.
MATEMATIK
Raudhah turut meningkatkan sasaran pencapaian matematik pelajar dengan meningkat penguasaan pelajar dalam aspek arahan matematik dalam bahasa Inggeris. Ia sekaligus akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penguasaan pengiraan matematik pelajar melalui sistem latihan yang bermodul dan sistematik.
KAEDAH BACAAN AL QURAN ‘QIRAATI MENTAL’
Kaedah ini terbukti berkesan untuk membantu anak–anak membaca dengan lancar dan menggunakan sebutan (makhraj) yang tepat dan bertajwid. Program ‘Qiraati Mental’ ini adalah modul yang digubal untuk melahirkan suatu keseronokan kepada anak-anak dalam mempelajari hukum tajwid al Quran dengan betul serta mengetahui dengan jelas hukum tajwid al Quran. Melalui proram ini para pelajar akan mampu mengenalpasti bacaan ‘panjang pendek’ serta ‘dengung’ ayat al Quran secara langsung tanpa bimbingan guru.
PROGRAM PESANAN SEBELUM PULANG
Tadika Raudhah turut menekankan kepentingan amalan adab seharian dalam kehidupan para pelajarnya setelah pulang ke rumah. Justeru itu pelbagai pesanan sebelum para pelajar pulang sentiasa diberikan dari masa ke semasa. Para ibu bapa akan melihat perkembangan personaliti anak anda yang positif melalui modul ini.
LAIN-LAIN PROGRAM TADIKA RAUDHAH
Bahasa Inggeris Komunikasi, Jawi Mental, Creative Movements, Art & Craft, Cinta Allah, Praktikal Ibadat, Arabic Language, Practical Life, Hafazan, Modul Pembinaan Peribadi dan Keterampilan Diri.

Rutin Harian Tadika Raudhah Imtiaz
















Suasana pembelajaran harian di Tadika Raudhah Imtiaz bermula dengan Santapan Jiwa Pagi (SJP), Sesi Bacaan & Pembelajaran dan diakhiri dengan Pesanan Sebelum Pulang.

Wajah Baru Tadika Raudhah Imtiaz 2011






Wajah baru Tadika Raudhah Imtiaz 2011 dilengkapi dengan 'Our Door' Playground. Pembangunan infrastuktur seterusnya sebuah dewan aktiviti dan kawasan 'parking' yang bertar untuk ibu bapa. 

BANGUNAN BARU TADIKA INDUK RAUDHAH



Bangunan baru ini terletak di Lot 6742, Jalan Pengkalan Sir, 24000 Cukai, Kemaman. Ia telah beroperasi sejak 1 Februari 2010. Dengan keluasan bangunan 95 kaki x 60 kaki ia memberi keselesaan dan suasana yang penuh konduksif kepada warga Raudhah. Bangunan ini didirikan di atas sebidang tanah milik Tadika Raudhah dengan keluasan 3/4 ekar.

AKTIVITI HARIAN TADIKA RAUDHAH












PROGRAM TADIKA RAUDHAH 2010



PROGRAM SANTAPAN JIWA PAGI
Tadika Raudhah mengorak langkah untuk mendominasikan penghayatan nilai-nilai Islam melalui program baru yang dikenali sebagai ‘Santapan Jiwa Pagi’.Para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai modul pembinaan peribadi sekaligus ia menjadi makanan rohani harian untuk anak-anak.
Melalui program ini para pelajar akan sentiasa diberi motivasi dan penekanan terhadap amalan seharian Islam melalui amalan zikir, penghayatan dan pengamalan adab-adab dalam kehidupan secara menyeluruh. Mereka juga akan diberi kefahaman untuk beramal dengan intisari ayat al Quran dan Hadis Rasulullah saw secara praktikal di dalam program ini.
Modul program ini dirangka untuk menanamkan benih-benih tauhid dan akhlak bagi membentuk personaliti terpuji yang telah terbukti keberkesanannya. Paraibu bapa InsyAllah pasti akan ‘teruja’ melihat perkembangan positif anak anda melalui program baru Raudhah ini.
KEMANTAPAN BACAAN & PENULISAN B. MELAYU
Tadika Raudhah juga akan terus menggunakan kaedah Bacaan ‘Cahayaku’ yang telah terbukti berkesan melahirkan pelajar yang mampu membaca dengan baik sebelum menempuh alam persekolahan. Namun untuk sesi 2010 program B.Melayu Raudhah akan di’upgrade’ lagi melalui modul ‘Mental B.Melayu’ untuk melahirkan pelajar yang faham apa yang dibaca serta boleh menulis dengan baik menggunakan tulisan yang ‘cantik’.
KAEDAH ‘READING SKILL’ CAHAYAKU
Kaedah bacaan ‘English Paradigm’ Cahayaku adalah kesinambungan dari program bacaan B.Melayu Cahayaku. Program ini telah terbukti berupaya untuk membolehkan para pelajar membaca bahan bacaan dalam B.Inggeris dengan sebutan yang tepat dalam masa yang singkat. Modul pengajaran B. Inggeris Raudhah di’upgrade’ lagi dengan penggunaan tatabahasa (grammar) yang tidak membebankan pelajar. Kandungan matapelajarannya dipenuhi dengan unsur adab seharian yang amat bermanafaat dalam membentuk keperibadian dan pembinaan akhlak terpuji pelajar.
MATEMATIK
Raudhah turut meningkatkan sasaran pencapaian matematik pelajar dengan meningkat penguasaan pelajar dalam aspek arahan matematik dalam bahasa Inggeris. Ia sekaligus akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penguasaan pengiraan matematik pelajar melalui sistem latihan yang bermodul dan sistematik.
KAEDAH BACAAN AL QURAN ‘QIRAATI MENTAL’
Kaedah ini terbukti berkesan untuk membantu anak–anak membaca dengan lancar dan menggunakan sebutan (makhraj) yang tepat dan bertajwid. Program ‘Qiraati Mental’ ini adalah modul yang digubal untuk melahirkan suatu keseronokan kepada anak-anak dalam mempelajari hukum tajwid al Quran dengan betul serta mengetahui dengan jelas hukum tajwid al Quran. Melalui proram ini para pelajar akan mampu mengenalpasti bacaan ‘panjang pendek’ serta ‘dengung’ ayat al Quran secara langsung tanpa bimbingan guru.
PROGRAM PESANAN SEBELUM PULANG
Tadika Raudhah turut menekankan kepentingan amalan adab seharian dalam kehidupan para pelajarnya setelah pulang ke rumah. Justeru itu pelbagai pesanan sebelum para pelajar pulang sentiasa diberikan dari masa ke semasa.Para ibu bapa akan melihat perkembangan personaliti anak anda yang positif melalui modul ini.
LAIN-LAIN PROGRAM TADIKA RAUDHAH
Bahasa Inggeris Komunikasi, Jawi Mental, Creative Movements, Art & Craft, Cinta Allah, Praktikal Ibadat, Arabic Language, Practical Life, Hafazan, Modul Pembinaan Peribadi dan Keterampilan Diri.

PROFILE PENGURUS TADIKA RAUDHAH IMTIAZ. PUAN TEH SOFIA BINTI SIDEK




Beliau merupakan tonggak kekuatan Tadika Raudhah Imtiaz. Ibu kepada 5 orang cahaya mata ini adalah seorang yang tidak jemu-jemu dalam menimba ilmu pendidikan. Beliau adalah individu yang sentiasa bertanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan Tadika Raudhah Imtiaz berjalan dengan sebaik mungkin.
Pemegang ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Malaya, Diploma Pendidikan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu). Pernah berkhidmat sebagai guru dan kaunselor di Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berangdan Sekolah Menengah Agama Al Falah, Kemaman, Terengganu.
Mengikuti lebih dari 20 kursus pendidikan pra sekolah. Menceburkan diri dalam bidang pendidikan Pra Sekolah selama 7 tahun setelah meletak jawatan sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Al Falah, Kemaman, Terengganu pada bulan Januari 2003.
Namun pertaruhannya meletak jawatan sebagai guru amat berbaloi dengan ‘sentuhannya’ Tadika Raudhah Imtiaz kini telah mampu tegak berdiri dengan jayanya sehingga berjaya memiliki bangunan sendiri pada tahun ini di sebidang tanah berkeluasan ¾ ekar di Bandar Cukai, Kemaman.

MAULIDUL RASUL 2009









SAMBUTAN HARI LAHIR & AKTIVITI DI PADANG ASTAKA 2009